Saturday, August 8, 2009

Sandal Clarks (Model Terbaru)







~New Arrival~


Kehadiran bulan Ramadhan Al-Mubarak pastinya bulan yang umat islam diharuskan berjimat cermat sebagai memperingati kesusahan orang Islam sejagat. Namun, kita disuruh menyambut Eidul Fitri dengan mengenakan pakaian yang bersih dan baru. Apa salahnya kita sedikit bergaya dengan kos jimat berbanding butik, selain itu kelihatan sopan dan menarik di hari raya yang mulia dan ceria. Kami di Sinar Inspirasi ingin mempersembahkan kepada anda Sandal/Selipar santai yang bercirikan kemelayuan dengan bahan utamanya kulit yang halal untuk dipakai oleh muslim. Bertatahkan jenama Clarks, design terkini menepati cita rasa anda sebagai pemakai yang mementingkan penampilan dan aura yang kuat. Walaupun stoknya tidaklah terlalu mega, namun kami akan menambah stok yang ada jika mendapat sambutan yang menggalakkan. Sama-sama lah kita menolong perniagaan sesama kita demi ekonomi islam yang jitu. Kita jadikan ibadah kita seumpama kita tidak mahu berboros dengan berbelanja bukan-bukan di butik yang meragut wang ringgit anda. Untuk pengetahuan, saiz sandal dari saiz 40-45. Selamat bergaya.

Aksesori Raya.



Stokin raye. (setokin ke stokin haaa?)

Ni produk bukan baru pun. Cuma dulu kami keluarkan Stokin half cut dalam tin ni berjenama levis yang mempunyai 3 warna. Hari ini kami keluarkan pula jenama Burberry yang mempunyai 3 kaler. Murah-murah saja ni. Untuk penggemar aksesori semata-mata. Saja tidak mahu menghampakan customer yang sukakan aksesori yang berharga rendah. Selain tu aksesori antaranya seluar boxer pelbagai jenama(saja taknak letak gambar, malu lah letak gambar spender), tshirt levis dalam tin(nanti kalau rajin letak juga lah gambar nya), necktie kotak dan necktie sangkut(stok lama da habis daa), wallet levis pun ada(pun stok hujung2 je). semua barang ni harga under rm35. giler-gilera nye promosi nih. ngantuk ni..bye.

Kemeja Polo Ralph Lauren.

Kemeja Polo Ralph Lauren.

Terhangat dipasaran sekarang. Kami persembahkan kemeja Polo Ralph Lauren yang setakat ini kami mempunyai stok 5 jenis warna dan design. Stok agak terhad, dan kami dahulukan pelanggan yang tiba lebih awal menyahut iklan kami. Berbaloinya kerana kecermatan design kemeja ini agak bermutu dan anda pasti teruja bila melihat kualitinya. Kain yang terbaik, tag dan butang mark Polo yang pastinya tidak menyesal memilikinya. Teknik sulaman kemas dan menawan yang kami klasifikasikan sebagai gred AAAA+ terbaik!. Apa tunggu lagi, segera hubungi wakil kami atau datang terus ke cawangan kami di Kota Bharu. Bagi pengunjung yang berada di Kuala Lumpur bolehlah melawat induk kami di Gm Plaza Jalan Chow Kit 5. Segeralah berbelanja demi kualiti dan hari raya anda pastinya bermakna tidak jika malah pasti anda langsung tidak rugi untuk menyimpan dan menganggap produk ini sebagai santapan mata pendengki anda di hari raya yang mulia. Kita menyediakan kemeja untuk lelaki dan perempuan(berbeza cutting dan ukuran). saiz pula dari S hingga ke XXL.
#gambar2 diatas ihsan alkenali trading





Wallet, Slimbag, Poshbag, Handbag Berjenama Head Porter

Pelbagai model dan design beg, wallet, slimbag, poshbag, handbag, notebook case berjenama Head Porter. Satu jenama yang terkenal di Jepun, cukup berpengaruh di Singapura. Bagi penggemar produk jenama ini, bolehlah melihat Slideshow yang tersedia ini, jika berminat bolehlah contact saya untuk proses pos laju dan pembayaran melalui bank, atau boleh datang terus untuk pembelian cara borong atau runcit. Stok yang tersedia masih banyak dengan harga yang bak kata Amy Search - ''Berbaloi-baloi'' hehehe. Layankan.